Bintik putih berpunca dari sebum/kelenjar minyak yang terlalu aktif dan tidak terkawal lalu berlakunya pengumpulan lemak dalam pori2 kulit. Wajah jadi berminyak, pori2 terbuka besar dan situasi ini akan memberi peluang kepada pertumbuhan jerawat. Begitu juga dengan kehadiran bintik hitam akibat sel2 sebum yang bercampur dan melekat pada folikel bulu roma halus pada wajah. Ia membuatkan kulit pudar dan kotor walaupun wajah dibersihkan.Parut juga adalah penyebab kulit kelihatan kusam tidak bermaya. Bekas jerawat lama misalnya, membuatkan kulit bertompok gelap di sekitarnya. Selain itu terdedah dengan pancaran matahari terlalu lama juga boleh membuatkan kulit cepat berkedut dan tampak kasar. Ini disebabkan kulit kehilangan kandungan kolagen dengan kadar lebih cepat. Kemunculan kedutan halus ini membuatkan wajah tampak lebih berusia.
Pemilihan produk kosmetik dan bahan penjagaan wajah yang tidak sesuai juga adalah penyebab kulit kusam. Kandungan kimia yang tinggi merosakkan lapisan sel perlindungan semulajadi kulit. Masalah bertambah buruk apabila kulit seakan 'ketagih' dengan produk tersebut dan jika memberhentikan pemakaian, kulit tambah cepat menua berbanding sebelumnya, dengan kehadiran tompok pigmentasi yang tersebar dengan lebih meluas di wajah.Maka, penjagaan dan kebersihan wajah harus dipraktikkan dari awal agar masalah kulit kusam ini dapat diatasi. Menggunakan sabun pembersih sahaja tidak memadai kerana kita terdedah dengan persekitaran yang tidak menentu setiap hari. Gunakan krim siang untuk membantu mengurangkan sinar UV dan krim malam bagi merawat dan memulihkan semula kulit yang lesu.
No comments:
Post a Comment