biasiswa belajar finaz,,,:-)

Thursday, August 30, 2012

MEMBERSIH WAJAH: ASAS PENTING KECANTIKAN


Penjagaan wajah amat berkait rapat dengan kebersihan. Sama ada kita bersolek atau tidak, membersih secara rutin dua kali sehari harus diamalkan semenjak di awal usia remaja lagi. Andai ia diabaikan, sel2 kulit mati akan menimbun dari hari ke hari, punca masalah jerawat dan jeragat di kemudian hari. Ia menyebabkan wajah kusam, warna kulit tidak sekata juga munculnya banyak kedutan halus walhal usia belum pun menjangkau 40-an.

Pembersihan sempurna akan menanggalkan sel2 kulit yang mati dari luar, memudahkan kulit bernafas dan lebih bersedia untuk menyerap zat2 yang terkandung dari krim pelembab secara optimum. Sesekali, berlulur lah, agar kotoran dapat dibersihkan lebih mendalam dari pori2 kulit yang tersumbat dengan sebum minyak.
Pemilihan sabun pembersih Sf Beauty yang kaya vitamin E adalah terbaik kerana ia mengandungi bahan anti-penuaan yang membantu merangsang kulit agar kekal lembab dan lembut serta menguatkan lapisan pelindung kulit secara semulajadi selain membantu memudarkan parut pada lapisan kulit luar.

Memandangkan kita tinggal di negara yang cuaca nya panas sepanjang hari, krim pelembab dan berpelindungan UV juga amat penting bagi mengelakkan kulit kering dan kesan selaran matahari yang menggelapkan kulit. Krim pelembab juga berfungsi menutup kembali pori2 kulit yang terbuka selepas wajah dibersihkan. Berikan tumpuan pada garis2 wajah seperti dahi, sekitar bibir dan hujung alis mata agar kulit tampil lebih gebu. Jangan dilupa untuk disapukan pada leher agar warna kulit senada dengan wajah anda.

Selain berpelindungan UV, krim siang Sf Beauty juga boleh dijadikan alas bedak, melembabkan, melembut dan menyegarkan kulit sepanjang hari.

Selain asas penjagaan di atas, adalah penting bagi kita mengamalkan gaya hidup sihat iaitu minum banyak air, bersenam dan mengawal pemakanan agar kesihatan dan kecantikan itu berjalan seiring.

for more info: 0137357753 - finaz

http://www.facebook.com/profile.php?id=100003769900124
(sf beuty pahang)

No comments: