biasiswa belajar finaz,,,:-)

Friday, August 31, 2012

oohhhh tidakkk!! kulit kusam : ayuh ketahui puncanya

Seri wajah bukan bersandar pada warna kulit seseorang. Sama ada kita dilahirkan berkulit cerah atau sawo matang, seri itu terserlah apabila wajah kita bebas dari masalah kusam dan bernoda.Kulit kusam disebabkan oleh banyak faktor. Kehadiran sel2 baru yang terhalang oleh timbunan sel2 mati akan membuatkan kulit tampak gelap dan tidak sekata. Sel2 yang bercampur ini membantutkan pertumbuhan sel2 baru, menjadikan ia lambat berkembang. Akibatnya pelbagai masalah lain muncul seperti bintik putih/hitam (white/black heads), jerawat dan jeragat/pigmentasi.

Bintik putih berpunca dari sebum/kelenjar minyak yang terlalu aktif dan tidak terkawal lalu berlakunya pengumpulan lemak dalam pori2 kulit. Wajah jadi berminyak, pori2 terbuka besar dan situasi ini akan memberi peluang kepada pertumbuhan jerawat. Begitu juga dengan kehadiran bintik hitam akibat sel2 sebum yang bercampur dan melekat pada folikel bulu roma halus pada wajah. Ia membuatkan kulit pudar dan kotor walaupun wajah dibersihkan.Parut juga adalah penyebab kulit kelihatan kusam tidak bermaya. Bekas jerawat lama misalnya, membuatkan kulit bertompok gelap di sekitarnya. Selain itu terdedah dengan pancaran matahari terlalu lama juga boleh membuatkan kulit cepat berkedut dan tampak kasar. Ini disebabkan kulit kehilangan kandungan kolagen dengan kadar lebih cepat. Kemunculan kedutan halus ini membuatkan wajah tampak lebih berusia.


Pemilihan produk kosmetik dan bahan penjagaan wajah yang tidak sesuai juga adalah penyebab kulit kusam. Kandungan kimia yang tinggi merosakkan lapisan sel perlindungan semulajadi kulit. Masalah bertambah buruk apabila kulit seakan 'ketagih' dengan produk tersebut dan jika memberhentikan pemakaian, kulit tambah cepat menua berbanding sebelumnya, dengan kehadiran tompok pigmentasi yang tersebar dengan lebih meluas di wajah.Maka, penjagaan dan kebersihan wajah harus dipraktikkan dari awal agar masalah kulit kusam ini dapat diatasi. Menggunakan sabun pembersih sahaja tidak memadai kerana kita terdedah dengan persekitaran yang tidak menentu setiap hari. Gunakan krim siang untuk membantu mengurangkan sinar UV dan krim malam bagi merawat dan memulihkan semula kulit yang lesu.

No comments: